perkataan bergerak

hari yang indah kan,korang semua sihat tak.hidop korang camne best???

perkataan berklip klip

mmmmm aq still agi kumpulan nasyid wildan di sekolah menengah.

Friday, 9 March 2012

doa2 harian..



Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

 Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:
Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)
 Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:
...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)
 Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:
...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...
(Surah Al-Mukmin ayat 60)
 Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:
Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)
 Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:
Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...
(Surah Al-Isra' ayat 110)
 Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:
Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...
(Surah Yunus ayat 10)

Doa sujud tilawah 


Maksudnya:

"Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penlihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta".

Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian 


Maksudnya:

Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.
                                                                         

Doa bagi mereka yang was-was dalam beriman 


  • Hendaklah memohon perlindungan dengan Allah.
  • Berhenti daripada memikirkan perkara yang meragukan.

Kemudian baca:

Maksudnya:
Aku beriman dengan Allah dan Rasul-RasulNya.

dan baca:

Maksudnya:
Dialah yang awal dan Dialah yang akhir, Dialah yang zahir dan Dialah yang batin, Dialah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

No comments:

Post a Comment